LAMAN UTAMA PROFILPERUTUSAN PENGURUS BESAR

Saya mengucapkan selamat datang dan selamat melayari web Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting mengenai organisasi, aktiviti dan peranannya. 

Web ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui lebih dekat fungsi LPPB seperti berikut:-

  • Membina, memperbaiki dan menyambung sesuatu bangunan bagi maksud dijual, dipajakkan atau disewakan.
  • Membangunkan semua bandar baru.
  • Membangunkan dan memperbesarkan bandar-bandar yang sedia ada.
  • Membersih dan membangunkan semula kawasan-kawasan sesak.
  • Membangunkan kawasan-kawasan luar bandar atau pertanian bagi menempatkan semula orang-orang yang kehilangan tempat tinggal.
  • Membangunkan projek-projek penempatan semula yang lain yang diluluskan.
  • Menyediakan dan mengurus skim pinjaman perumahan sebagai contoh Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPPUGBR).
  • Mengurus pembangunan tanah, rumah, harta dan bangunan milik LPPB.

Adalah diharapkan pelanggan dan orang ramai juga dapat mengemukakan sebarang aduan dan komen dalam Web ini. Pandangan dan cadangan yang diberikan boleh membantu LPPB menambah baik perkhidmatannya.

Pasukan Pengurusan LPPB yang berpengalaman dan professional komited untuk menjadikan pentadbiran LPPB effektif dan efisyen dan LPPB akan sentiasa menangani isu-isu yang melibatkan pelanggan kami.

Saya berharap semua pihak yang melayari Web LPPB ini akan mendapat manfaat dan maklumat terkini mengenai LPPB.

Terima kasih.

DATUK GEORGE LIEW
PENGURUS BESAR LPPB

(ENAKMEN LPPB NO 20/1981)

UNTUK MENYEDIAKAN DAN MENYEMPURNAKAN CADANGAN-CADANGAN, PELAN-PELAN DAN PROJEK-PROJEK BAGI:-

  • Membina, memperbaiki dan menyambung sesuatu bangunan bagi maksud dijual, dipajakkan atau disewakan.
  • Membangunkan semua bandar baru. Membangunkan semua dan memperbesarkan bandar-bandar yang sedia ada.
  • Membersih dan membangunkan semula kawasan-kawasan sesak.
  • Membangunkan atau membangunkan semula kawasan-kawasan yang ditetapkan oleh Menteri (Kerajaan).
  • Membangunkan kawasan-kawasan luar bandar atau pertanian bagi menempatkan semula orang-orang yang kehilangan tempat tinggal oleh sebab kerja-kerja Lembaga atau projek-projek penempatan semula yang lain yang diluluskan oleh Menteri (Kerajaan).
  • Untuk mengadakan (memberi) dan mengurus pinjaman perumahan.
  • Untuk mengurus tanah, rumah dan bangunan atau harta-harta lain yang terletak hak pada atau kepunyaan Lembaga.

UNTUK MENGADAKAN (MEMBERI) DAN MENGURUS PINJAMAN PERUMAHAN.

UNTUK MENGURUS TANAH, RUMAH DAN BANGUNAN ATAU HARTA-HARTA LAIN YANG TERLETAK HAK PADA ATAU KEPUNYAAN LEMBAGA.

UNTUK MENJALANKAN SEMUA PENYIASATAN DAN KAJIAN YANG PERLU BAGI PELAKSANAAN TUGAS-TUGAS DAN KEWAJIPAN-KEWAJIPAN LEMBAGA.

UNTUK MEMBUAT SEMUA PERKARA YANG PERLU BAGI PERJALANAN ATAU PELAKSANAAN SEMUA ATAU MANA-MANA TUGAS DAN KEWAJIPAN LEMBAGA.

Visi

Merealisasikan pembinaan rumah yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

Merapatkan jurang sosio-ekonomi di antara penduduk bandar dan luar bandar.


Misi

Mewujudkan sinergi dalam segala usaha merancang dan melaksanakan program perumahan awam dan pekan-pekan baru di Negeri Sabah. Sebagai sebuah agensi kerajaan yang komited, LPPB akan merealisasikan program pembangunan dengan cekap dan berkesan untuk menyediakan rumah-rumah mampu milik serta pekan-pekan baharu yang berkefungsian, tertakluk kepada sokongan sumber-sumber seperti tanah, infrastruktur asas, dana dan sebagainya.

Pada tahun 1967, Suruhanjaya Perumahan Negeri Sabah (SPNS) telah ditubuhkan. SPNS merupakan Badan Berkanun yang dipertanggungjawapkan untuk melaksanakan program-program pembangunan rumah kos rendah bagi rakyat Sabah yang berpendapatan rendah.

Pada tahun 1967, Suruhanjaya Perumahan Negeri Sabah (SPNS) telah ditubuhkan. SPNS merupakan Badan Berkanun yang dipertanggungjawapkan untuk melaksanakan program-program pembangunan rumah kos rendah bagi rakyat Sabah yang berpendapatan rendah.

Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar

Wisma Perindustrian Likas,
Tingkat 13, 14 & 15,
Jalan Istiadat Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Hubungi Kami

+6088 287 777

+6088 222 670

info@lppb.gov.my

PENAFIAN
Pihak LPPB tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada Laman Web ini.
Tarikh kemaskini : 04 FEB 2020

© Hakcipta Terpelihara @ LPPB 2018