LAMAN UTAMA MENGENAI KAMISEJARAH PENUBUHAN LPPB

Pada tahun 1967, Suruhanjaya Perumahan Negeri Sabah (SPNS) telah ditubuhkan. SPNS merupakan Badan Berkanun yang dipertanggungjawapkan untuk melaksanakan program-program pembangunan rumah kos rendah bagi rakyat Sabah yang berpendapatan rendah.

SPNS yang beroperasi sepenuhnya pada 1 September 1968, mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Teknikal dengan kakitangan seramai 5 orang. Pada tahun 1972, Bahagian Perumahan telah diwujudkan untuk mengendalikan penyelenggaraan harta dan peruntukan rumah kepada para pembeli atau penyewa.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga sedang giat membangunkan pekan-pekan baru di negeri Sabah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Bagaimanapun, pada masa itu tidak ada agensi kerajaan khusus untuk memikul tugas penting ini. Oleh itu pelaksanaan bandar baru dijalankan secara ad-hoc oleh pelbagai agensi kerajaan, seperti Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Kerja Raya, anak syarikat SEDCO, Lembaga Letrik Sabah dan SPNS.

Memandangkan pembangunan secara ad-hoc menghadapi cabaran khususnya dari segi pentadbiran, pelaksanaan dan pemantauan, Kerajaan Negeri Sabah telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Bandar Baru Negeri Sabah pada 14hb. Februari 1977 di bawah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menyelaras pembangunan bandar baru dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

Dalam usaha mengenalpasti sistem terbaik dan berkesan untuk melaksanakan pekan-pekan baru, Jawatankuasa Pembangunan Bandar Baru Negeri Sabah telah menghantar satu perwakilan ke England untuk mengkaji sistem yang digunakan untuk membangunkan 4 buah pekan baru di negara itu. Hasil daripada lawatan tersebut, satu laporan telah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pembangunan Bandar Baru Negeri Sabah yang seterusnya mengesyorkan agar Kerajaan melantik SPNS sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas pembangunan semua pekan-pekan baru di Negeri Sabah di bawah satu organisasi, enakmen dan nama baharu. Maka drombakan dan penjenamaan semula itu, wujudlah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar melalui Enakmen LPPB No 20/1981.

Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar

Wisma Perindustrian Likas,
Tingkat 13, 14 & 15,
Jalan Istiadat Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Hubungi Kami

+6088 287 777

+6088 222 670

aduan.lppb@sabah.gov.my

PENAFIAN
Pihak LPPB tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada Laman Web ini.
Tarikh kemaskini : 04 FEB 2020

© Hakcipta Terpelihara @ LPPB 2018