LAMAN UTAMA PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO BAHARU LPPB
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 15 JUN 2022
Syarat – syarat Pertandingan
  1. Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh penduduk Sabah
  2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu (1) logo akan dipilih sebagai pemenang. Hadiah Pemenang adalah RM1,000.00. (RINGGIT MALAYSIA SATU RIBU)
  3. Semua ciptaan mestilah asli dan tidak ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara.
Spefikasi Rekabentuk Logo
  1. Reka bentuk logo haruslah mempunyai perkataan LPPB dan perlu mempunyai ciri-ciri innovatif dan kreativiti, bandar dan rumah serta ‘digitalisation’.
  2. Reka bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.
  3. Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 berwarna putih dan juga disediakan dalam bentuk softcopy.
  4. Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.
  5. Penciptaan logo ini selaras dengan kematangan LPPB dalam penyediaan rumah mampu milik kepada rakyat di seluruh Sabah yang merangkumi projek-projek pembinaan perumahan serta pekan-pekan baru. Reka cipta logo hendaklah menggambarkan juga mengenai objektif, fungsi dan visi LPPB.
  6. Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah, kemas dan 3 Dimensi.
  7. Ciri-ciri warna : Tema “Warna bendera Sabah” dan "Sabah Maju Jaya"
  8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31hb Disember 2022
Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar

Wisma Perindustrian Likas,
Tingkat 13, 14 & 15,
Jalan Istiadat Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Hubungi Kami

+6088 287 777

+6088 222 670

aduan.lppb@sabah.gov.my

PENAFIAN
Pihak LPPB tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada Laman Web ini.

© Hakcipta Terpelihara @ LPPB 2018