SENARAI TANAH LPPB UNTUK DIBANGUNKAN SECARA USAHASAMA

Bahagian Pembangunan Komersil merupakan jentera pelaburan LPPB dalam pasaran hartanah secara komersil. Bahagian ini merancang dan melaksanakan pembangunan perumahan kos sederhana dan tinggi, pembinaan kedai, pejabat, kompleks membeli belah, hotel dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan industri pembangunan hartanah.

Dalam menghadapi tanggungjawab yang mencabar ini, Bahagian Pembangunan Komersil kami, sebagai unit perniagaan strategik, berperanan penting dalam perancangan perniagaan LPPB. Kami berkomitmen untuk memainkan peranan utama dalam pasaran hartanah berkualiti tinggi dengan mengimplementasikan beberapa strategi utama. Salah satu strategi utama kami adalah pembangunan secara usahasama bersama pemaju swasta.

Pembangunan secara usahasama terbahagi kepada dua (2) konsep berikut :

Konsep Peranan LPPB Peranan Rakan Usahasama
LPPB sebagai Pemaju dan Rakan Usahasama sebagai Kontraktor
  • Sebagai pemilik tanah/Pemaju
  • Meluluskan skop pembangunan yang dicadangkan
  • Menandatangani pelan-pelan yang berkaitan
  • Memantau perlaksanaan projek bersama kontraktor
  • Bertanggungjawab untuk merekabentuk, membiayai, membina, menyiapkan dan menjual unit-unit bagi cadangan pembangunan
  • Mendapatkan geran-geran tanah individu/subsidiari dan memindah milik geran-geran tersebut kepada pembeli
  • Dikecualikan daripada mendapatkan Lesen Pemaju
LPPB sebagai Pemilik Tanah dan Rakan Usahasama sebagai Pemaju
  • Sebagai pemilik tanah
  • Meluluskan skop pembangunan yang dicadangkan
  • Menandatangani pelan-pelan yang berkaitan
  • Memantau perlaksanaan projek bersama kontraktor
  • Bertanggungjawab untuk merekabentuk, membiayai, membina, menyiapkan dan menjual unit-unit bagi cadangan pembangunan
  • Mendapatkan geran-geran tanah individu/subsidiari dan memindah milik geran-geran tersebut kepada pembeli
  • Perlu mendapatkan Lesen Pemaju

Syarat-syarat Kelayakan Rakan Usahasama

Sehubungan dengan itu, LPPB dengan sukacitanya menjemput pemaju-pemaju swasta yang berminat untuk menjalin usahasama bagi memajukan tanah-tanah strategik kami. Kami mengalu-alukan pemaju untuk mengemukakan surat niat berserta dokumen-dokumen yang berkaitan.

BAHAGIAN PANTAI BARAT (KOTA KINABALU, TUARAN, KOTA BELUD, PENAMPANG, PUTATAN, PAPAR, RANAU)

BIL MAKLUMAT TAPAK TANAH
1.0 Lokasi: Tanah Merah Ranau
Geran Tanah: CL.065325064
Luas Tanah: 65.8 ekar
Kegunaan Tanah: Perumahan dan komersil
2.0 Lokasi: Jalan Kegaya Rata & Kiansom, Tuaran (Kg. Kionsom, Tamparuli)
Geran Tanah: CL.045326958
Luas Tanah: 15.07 ekar
Kegunaan Tanah: Perumahan
3.0 Lokasi: Kg. Penimbawan, Tuaran
Geran Tanah: NT.043140969
Luas Tanah: 4.96 ekar
Kegunaan Tanah: Pertanian
4.0 Lokasi: Kg. Serusup, Tuaran
Geran Tanah: NT.043168743
Luas Tanah: 8.74 ekar
Kegunaan Tanah: Pertanian

BAHAGIAN KUDAT (KUDAT, KOTA MARUDU, PITAS)

BIL MAKLUMAT TAPAK TANAH
5.0 Lokasi: Pekan Baharu Tandek, Kota Marudu
Geran Tanah: Sebahagian daripada TL.227550138
Luas Tanah: Luas yang dibangunkan dianggarkan 11.75 ekar sahaja.
Kegunaan Tanah: Perumahan
6.0 Lokasi: Pekan Pitas
Geran Tanah: CL.235313792
Luas Tanah: 12.97 ekar
Kegunaan Tanah: Komersil
7.0 Lokasi: Kg. Matunggong, Kudat
Geran Tanah: CL.055332860
Luas Tanah: 32.88 hektar
Kegunaan Tanah: Pekan Baharu

BAHAGIAN TAWAU (KUNAK, LAHAD DATU, SEMPORNA, TAWAU)

BIL MAKLUMAT TAPAK TANAH
8.0 Lokasi: K.M7.2 Jalan Lahad Datu-Sandakan, Lahad Datu
Geran Tanah: CL.115338540, CL.115261795, CL.115261802 dan CL.115261811
Luas Tanah: 72.81 ekar
Kegunaan Tanah: Pertanian
9.0 Lokasi: KM. 14, Jalan Apas, Tawau, Sabah
Geran Tanah: CL.105240202
Luas Tanah: 29.46 ekar
Kegunaan Tanah: “Cultivation of rubber”

BAHAGIAN SANDAKAN (BELURAN, KINABATANGAN, SANDAKAN, TONGOD)

BIL MAKLUMAT TAPAK TANAH
10.0 Lokasi: Ulu Dusun (Batu 32)
Geran Tanah: CL.075472776
Luas Tanah: 5.5 ekar
Kegunaan Tanah: Perumahan
11.0 Lokasi: Sungai Batang Sandakan
Geran Tanah: CL.075516899, CL.075336355 & CL.075367109
Luas Tanah: 25.46 ekar
Kegunaan Tanah: Pertanian & Penternakan

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai konsep usahasama dan tanah-tanah tersebut di atas bolehlah berhubung terus dengan pegawai di Bahagian Pembangunan Komersil iaitu:

Kami sedia membantu anda dalam memberikan maklumat yang diperlukan untuk kerjasama yang berkesan.