NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT CAWANGAN LPPB, SANDAKAN

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Cawangan LPPB, Batu 4 Jalan Utara, Sandakan akan ditutup buat sementara waktu, berkuatkuasa mulai 14 September 2020 sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Walau bagaimanapun, LPPB akan menyediakan perkhidmatan pungutan bergerak bulanan bertempat di Pejabat Cawangan LPPB, Batu 4 Jalan Utara, Sandakan pada tarikh-tarikh seperti berikut bagi para penghuni Flet Kondominium Batu 4 Jalan Utara, Sandakan dan Taman Mawar, Sandakan membuat pembayaran.

# BULAN TARIKH MASA
1 OKTOBER 2020 30 September 2020 (Rabu) 9.00 pagi - 2.00 petang
2 NOVEMBER 2020 4 November 2020 (Rabu) 9.00 pagi - 2.00 petang
3 DISEMBER 2020 2 Disember 2020 (Rabu) 9.00 pagi - 2.00 petang

Bagi para pelanggan LPPB dari Taman Nuri dan Kenari, Kedai Batu 7 dan Taman Rajawali, Sandakan, tuan/ puan adalah digalakkan membuat pembayaran di mana-mana kaunter BSN (Bank Simpanan Nasional) seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, ataupun datang ke perkhidmatan pungutan bergerak di Batu 4 Jalan Utara, Sandakan mengikut jadual seperti di atas.

Bagi para pelanggan LPPB dari projek perumahan LPPB di Kinabatangan, perkhidmatan pungutan bergerak ke projek perumahan berkenaan akan dibuat mengikut jadual yang telah diberikan sebelum ini.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai LPPB yang berikut:

  1. Encik Zakharia Jamal (088-287777 samb: 427 / HP: 010-9327277)
  2. Encik Anderis Majingkin (088-287777 samb: 432 / HP: 013-8870735)

Segala kesulitan adalah amat dikesali.

PENGURUS BESAR
LEMBAGA PEMBANGUNAN PERUMAHAN DAN BANDAR

Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar

Wisma Perindustrian Likas,
Tingkat 13, 14 & 15,
Jalan Istiadat Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Hubungi Kami

+6088 287 777

+6088 222 670

aduan.lppb@sabah.gov.my

PENAFIAN
Pihak LPPB tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada Laman Web ini.

© Hakcipta Terpelihara @ LPPB 2018